Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Sunday, June 15, 2014

SET LETIH DAN LESU




Sangat memerlukan energy dikala ini..... kena betul2 komitmen dgn From Double S Oven ni.... nk sambut Ramadhan dah so kena rushing nk baking hat customer order.. setiap minit dirumah amatlah berharga... tp saya tak stress.. saya rasa sangat bertenaga.. saya tidak mengantuk pun kat pejabat... saya enjoy ja walau pun berjaga tgh malam bangun tgk bola sambil baking..... i really love it... nk urus 3 org anak yg tersangat2 hiperaktif... sebab apa.. sebab saya ada #shaklee #setletihlesu #vitalea #ostematrix#bcomplex sangat membantu...

JOM PM sesiapa hat dok letih, tak larat, rasa mengantuk mai sini nk habaq....

Monday, February 3, 2014

PROMOSI FEBRUARI 2014 - VITALEA.... JOM ORDER


APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?
- Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.  ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk…Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk…wah..mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?…..
Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang.  Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea.  Ini kerana di dalamna mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.
Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.
Bagi ibu-ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusukan anak sangat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.
Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang meyusukan anak mudh rasa pitam atau pening kepala?  Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.
Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* perairan / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

PM/CALL/SMS/WASAP : 012-5181673

Monday, August 12, 2013

KULIT ANAK SEMAKIN GEBU DAN PUTIH

Pengalaman Admin sendiri semasa melahirkan baby ke3, doktor telah sahkan bahawa baby saya ada kuman di dalam paru2 dan jg kekurangan kalsium di dalam badan. Baby di masukkan 10 hari di NICU & lepas itu perlu merujuk pakar mengikut tarikh yg telah ditetapkan setiap bulan dan jg perlu memakan ubat setiap hari tanpa skip. Masa baby 3 bulan, saya telah menerima hadiah dr seorg sahabat iaitu set menyusu (trial) dan jg Ostematrix. 




Saya mengamalkannya setiap hari, alhamdulillah susu semakin banyak & pekat. Sakit2 belakang jg hilang. Tapi apa yg paling menakjubkan, baby telah discaj ubat masa umur 6 bulan. Doktor pakar sendiri terkejut, sbb kalsium anak saya sudah bertambah dan normal seprt baby2 yg lain; selalunya klu nk discaj ubat pun seawal usia 1 thn. Syukur pdMu Ya Allah & terima kasih yg teramat pd sahabat yg saya sayangi.. Kini saya mengamalkan set 3M dan Oste utk baby saya yg tersayang... Kini anak saya sudah berusia 1 tahun, aktif, sihat, kulit pun dh menjadi gebu... Alhamdulillah...


Kepada sahabat2 yg masih hamil, lebih baik mengamalkan set hamil shaklee.... kerana SHAKLEE is the BEST CHOICE..... (prevention is better than cure) (^___^)





More information
✆ SMS : 012-5181673 [sue]
✉ Email @ YM : suemuim79@yahoo.com
http://myhealthylifestyle4u.blogspot.com
COD area Kuala Kedah, Kubang Rotan @ Alor Setar 

SUGAR CONTROL SET

Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis.


Shaklee Sugar Control Set dapat membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh!! JOM cuba....


More Information : 
COD area Kuala Kedah, Kubang Rotan @ Alor Setar 
✆ SMS : 012-5181673 [sue] 
✉ Email @ YM : suemuim79@yahoo.com
http://myhealthylifestyle4u.blogspot.com

Tekanan rendah semasa hamil....

TEKANAN DARAH RENDAH SEMASA HAMIL

Ketika mengandung, tubuh ibu menyediakan suasana persekitaran yang selamat di samping memberi nutrisi/pemakanan kepada bayi yang sedang membesar di dalam kandungannya. Oleh yang demikian, seorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi yang dramatik, termasuklah yang melibatkan sistem peredaran darah atau tubuh.


Perubahan sistem peredaran tubuh yang mencirikan proses mengandung normal adalah disebabkan oleh vasodilatasi (penambahan diameter pembuluh darah, khususnya arteri) periferal.

Semasa mengandung, tekanan darah adalah lebih rendah akibat perubahan hormon yang menyebabkan saluran darah mengembang. Salur-salur darah juga tidak mengalami kontraksi /pengecutan secepat mahupun secekap sebelum mengandung sebagai suatu tindak balas kepada perubahan gaya atau kedudukan tubuh.

Oleh sebab itu, seseorang yang berdiri dengan cepat tidak memberi masa secukupnya untuk sistem peredaran melakukan penyesuaian, seterusnya tidak cukup darah dan oksigen sampai ke otak dan ibu yang mengandung itu akan berasa pitam.

Semasa hamil, jantung akan bekerja mengepam darah kepada rahim dan bayi dalam kandungan dengan lebih kuat. Pengeluaran kardiak/berkaitan jantung bertambah dari seawal lima minggu kehamilan.

Jumlah darah yang dipam oleh jantung meningkat 45 peratus apabila janin berusia 24 minggu. Denyutan jantung meningkat 30 peratus. Denyutan nadi boleh meningkat dari kadar 60 ke 70 denyutan seminit sebelum mengandung kepada 80 ke 90 denyutan seminit semasa hamil.

Walaupun terdapat penambahan dramatik pengeluaran kardiak, tekanan darah menurun semasa trimester kedua kehamilan dan kembali ke normal semasa trimester ketiga.

*Pitam

Itu sebabnya kenapa wanita hamil lebih cenderung mengalami pitam semasa trimester pertama dan kedua. Apabila usia kandungan meningkat, rahim akan membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah vena kava inferior yang bertugas mengalirkan darah dari bahagian kaki kembali ke jantung. Kesan tekanan ini akan menghalang pengaliran darah semula ke jantung.

Jika wanita hamil berbaring, rahim yang semakin membesar itu boleh menghalang pengaliran darah balik ke jantung dan mengakibatkan sindrom supine hypotensive yang berlaku pada 10 hingga 15 peratus wanita hamil. Keadaan-keadaan yang disebutkan ini boleh menyebabkan rasa pening kepala dan pitam.

Selain itu, rahim yang membesar akan menolak diafragma ke arah dada dan menyebabkan wanita hamil berasa sukar bernafas. Volum plasma atau darah meningkat 50 peratus dari seawal enam minggu kehamilan untuk memenuhi keperluan janin. Komponen cecair dalam salur darah meningkat dengan lebih banyak lagi berbanding sel-sel darah merah pembawa oksigen. Akibatnya, wanita hamil akan menjadi anemik, yang merupakan kesan yang normal akibat perubahan fisiologi kehamilan.

Walaubagaimanapun, jika zat besi tidak mencukupi dalam pemakanan ibu, anemia akan bertambah teruk dan menyumbang kepada rasa pitam apabila berubah kedudukan. Semasa peringkat awal kehamilan, ibu hamil kerap mengalami loya dan muntah yang disebabkan oleh paras hormon estrogen dan human chorionic gonadotropin (HCG) yang tinggi.

Gejala-gejala ini biasanya dirasai semasa minggu ke tujuh hingga ke lapan kehamilan dan beransur reda semasa minggu ke-12 hingga ke-15 kehamilan. Muntah yang berlebihan dan berpanjangan pada peringkat ini akan menyebabkan kesan dehidrasi, kebuluran, penurunan berat badan dan mengganggu perkembangan janin yang semakin membesar. Kebuluran menyebabkan ketosis (persekitaran berasid) yang boleh memudaratkan janin. Oleh itu, jika keton dikesan dalam air kencing, ibu hamil perlu dimasukkan ke dalam wad.

Rawatan hidrasi dengan cecair intravena akan memulihkan keadaan ibu hamil. Rasa loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengubahsuai pemakanan atau tabiat makan. Makan dan minum dalam kuantiti yang kecil dan secara kerap boleh membantu. Makan sebelum berasa lapar juga dapat membantu mengatasi masalah ini.

Biskut kraker mahupun roti bakar boleh dimakan sebelum bangun dari katil pada waktu pagi untuk mengurangkan rasa loya dan muntah. Minuman isotonik baik diminum kerana ia ideal untuk menggantikan garam elektrolit yang mungkin hilang akibat muntah yang berpanjangan.

Elakkanlah dari makanan serta bau-bauan yang menyebabkan ibu hamil berasa loya. Ibu hamil juga boleh mempraktikkan beberapa langkah yang dapat membantu mengatasi masalah-masalah atas.

* Untuk mengelakkan rasa pening dan pitam, apabila bangun dari tidur, duduk dan tunggu selama 15 saat, kemudian gantungkan kaki dari katil dan tunggu 15 saat, berdiri dan tunggu selama 15 saat, dan barulah mula berjalan.

* Jika rasa pening pada siang hari, pulihkan dengan mengambil makanan ringan, minumlah segelas jus oren sebelum bangun dari katil.

* Elakkanlah dari berdiri pada satu tempat tanpa bergerak kerana ini menyebabkan darah terkumpul di bahagian kaki. Sebaliknya, berjalan tanpa bergerak supaya otot-otot betis dapat membantu mengepam darah semula ke jantung.

* Untuk pening yang disebabkan oleh anemia, rawatan suplemen dengan zat besi patut diambil.

Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumber : Utusan Malaysia


More information 
✆ SMS : 012-5181673 [sue] 
✉ Email @ YM : suemuim79@yahoo.com 
http://myhealthylifestyle4u.blogspot.com
COD area Kuala Kedah, Kubang Rotan @ Alor Setar